Cerpen Pelajar

Tembok

olehMohamed Khair Akmal Bin Jeffri ( Darjah 6 Sekolah Rendah Admiralty )
September 2016

Aku merenung jauh sambil tanganku menggenggam jeriji penjara. Mataku tertumpu pada tembok yang berhadapan dengan aku. Kelihatan corat-coret yang menghiasi tembok itu. Pasti peninggalan penghuni-penghuni penjara sebelumnya.

Lamunanku menerpa sanubariku. Adakah pengorbananku memberi anakku, Jamal, masa hadapan yang lebih cerah? Adakah keputusanku dapat mengubah sikap Jamal dan menimbulkan rasa sedar akan kesalahannya dalam hidup di dunia ini.

Aku teringat semasa Jamal dilahirkan. Dia amat comel dan kecil. Aku amat menyayanginya sehingga tidak mahu melepaskannya dari pandanganku. Di sekolah pula, dia selalu dipuji oleh guru-gurunya kerana selalu bersikap positif.

Namun, apabila ayah Jamal meninggal dunia semasa tugasan askarnya di luar negara, banyak telah berubah. Jamal akan kurung di dalam biliknya , kerja sekolah pun tidak diselesaikan. Jamal juga kerap ponteng sekolah.

Jamal mula belajar merokok. Apabila dia pulang lewat dalam keadaan mabuk, jiwaku dibungkus kesedihan. Hatiku tiba-tiba diserang rasa kecewa kerana sebagai seorang ibu, aku gagal membimbingnya. Mungkinkah kerana ayahnya tidak berada di sampingnya, dia tidak meneruskan kehidupan seperti biasa. Rasa cemas dan bimbang bercambah.

Malam kian larut. Cuaca yang semakin sejuk dan dingin membuatku jalan mundar-mandir. Di manakah anakku ini? Jam di dinding menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Beberapa saat kemudian, pintu rumahku terbuka luas. Kelihatan Jamal basah kuyup dan rambutnya kusut-masai.

“Ya Allah, basahnya!” Aku cuba mengelap Jamal tetapi dia terus menolakku ke tepi. Dia terus bergegas ke biliknya sambil melontar beberapa buah telefon bimbit di atas sofa.

Sejurus kemudian, loceng rumah berbunyi. Aku bergegas membuka pintu. Dua orang lelaki kelihatan di hadapan rumahku.

“Awak berdua siapa?” aku menyoal.

“Kami pegawai polis dan kami mahu menyoal siasat Jamal,” salah seorang inspektor polis itu menunjukkan surat waran.

“Mengapakah kamu berdua ingin berjumpa dengan Jamal. Apakah yang dia telah lakukan?” Soalan itu tercetus keluar daripada mulutku.

“Jamal telah mencuri beberapa telefon bimbit,” ujar mereka, ringkas.

Air mataku mula membasahi bumi.

“Jamal mencuri? Tidak, Jamal tidak boleh diberkas. Dia masih ada masa hadapan,” hatiku berbisik.

“Jamal tiada di rumah. Kamu berdua salah. Jamal tidak mencuri telefon bimbit itu. Saya yang terdesak sehingga mengajarnya mencuri telefon bimbit itu. Kami kesempitan wang,” suaraku tersekat-sekat. Aku menuju ke sofa dan mengambil semua telefon bimbit di hadapan mereka berdua.

“Tangkaplah saya.”

Aku tunduk mengesat air mataku yang mula jatuh berderai. Ya Allah, aku berharap pengorbananku dapat mengubah Jamal dan semasa ketiadaanku, tunjukkanlah dia ke jalan yang benar. Aku redha dengan dugaanmu, Ya Allah…

Kini, aku menghadap tembok yang mengelilingi aku, jauh daripada keluargaku. Empat tembok inilah yang akan menjadi temanku selama aku menjadi banduan…

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Tembok

Tembok