Sains & Teknologi Uncategorized

Sains dan Sukan

olehCikgu Sulastri
June 2024

Jika diperhatikan, dalam setiap acara sukan Olimpik, pasti ada sahaja rekod baharu yang dicipta. Ini menunjukkan bahawa atlet-atlet kita semakin lama semakin pantas, kuat dan cekap. Antara faktor yang menyumbang kepada kemajuan sukan ialah sains dan teknologi.

LATIHAN BERTEKNOLOGI TINGGI

Sports science: 3 laboratory tests designed to help you improve your performance - 220 TriathlonUntuk meningkatkan prestasi, seorang ahli sukan perlu sentiasa mengkaji kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan juga pihak lawan. Suatu masa dahulu perkara ini boleh dilakukan dengan menonton rakaman sesuatu perlawanan atau perlumbaan. Kini dengan adanya teknologi rakam gerak (motion capture) tiga dimensi, seorang atlet dan jurulatihnya boleh mendapatkan maklum balas secara langsung tentang kadar degupan jantung, pernafasan dan juga setiap gerak-geri atlet tersebut yang boleh menjejas kelakonannya.

PENYESUAIAN LATIHAN BERDASARKAN BIOLOGI DAN GENETIK

Race Is Real, But It's Not Genetic | Discover MagazineSetiap manusia sudah tentu berbeza dari segi genetik. Oleh itu tindak balas seseorang atlet terhadap latihan-latihan yang diaturkan untuknya juga turut berbeza berdasarkan genetik dirinya. Pelbagai kajian giat dijalankan untuk membantu jurulatih merancang program bersepadu yang dapat memaksimumkan kebolehan seorang atlet. Ini termasuklah jenis latihan dan juga pemakanan yang paling sesuai untuk atlet tersebut. Selain daripada itu kini sudah ada desas-desus tentang kajian-kajian yang dapat merubah gen-gen seorang atlet untuk meningkatkan prestasinya. Bagaimanapun seperti kesalahan penggunaan dadah yang terlarang dalam sukan boleh dianggap sesuatu yang tidak adil dalam sukan.

PAKAIAN DAN PERALATAN SUKAN Speedo's Super-Fast, Shark-Skin-Inspired Fastskin Swimsuit Is Actually Nothing Like a Shark's Skin

Seorang atlet akan melakukan apa sahaja yang dibenarkan untuk meningkatkan prestasinya. Ini termasuk mendapatkan pakaian dan peralatan sukan yang terbaik. Contohnya ialah pakaian renang ‘LZR Racer’ yang digunakan oleh perenang terkemuka Michael Phelps dalam Sukan Olimpik 2008. Bahan pakaian renang ini dikatakan telah dihasilkan hasil kajian yang menggunakan perisian analisis bendalir (fluid analysis software). Satu lagi contoh ialah kasut sukan khas seperti kasut ‘adiZero’ daripada Adidas dan Nike Zoom Victory Spike. Ciri-ciri utama kasut-kasut ini adalah ia diperbuat daripada bahan yang sangat ringan tetapi pada masa yang sama memberikan sokongan yang secukupnya dan dapat meningkatkan kelajuan si pemakai. 

2023 kasut tenis profesional untuk lelaki wanita bernafas Badminton bola tampar kasut latihan sukan dalaman Sneakers tenis lelaki | LazadaBagi seorang pelumba basikal pula, sudah tentu basikal yang digunakan perlulah mampu berfungsi seoptima mungkin. Pelbagai kajian kejuruteraan dari sudut aerodinamik dan bahan telah dijalankan untuk menghasilkan basikal terpantas di dunia yang memenuhi piawaian badan bertanggungjawab dalam sukan lumba basikal. Malah topi keledar dan baju yang dipakai juga telah direka khas untuk mengurangkan rintangan angin.

 

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Lohong Hitam M87: Kejayaan yang Membuktikan Kewujudannya

Dunia Air