Cerpen Pelajar

Perangkap

olehQurratu Aini Mohamad Ali
February 2024

Nama aku Amirul. Umur aku tiga belas tahun. Aku seorang pelajar yang sentiasa cemerlang dalam apa jua subjek. Tidak pernah sekali pun dalam hidupku aku gagal. Dalam kehidupanku, tiada istilah gagal. Ibu dan ayahku sentiasa mengingatkan diriku untuk memberikan yang terbaik dan mendapatkan tempat yang pertama di dalam kelas. Setiap kali aku cemerlang dan muncul sebagai pelajar yang terbaik di dalam kelas , aku akan diberikan hadiah daripada mereka berdua. Hadiah yang mereka berikan kepadaku adalah mengikut keinginanku. Apa yang aku mahukan, aku akan dapat. Beruntung bukan, aku?

Hidupku terlalu bahagia dengan pelbagai unsur kebendaan yang aku dapat daripada ibu bapaku. Mungkin akulah anak yang paling bahagia apabila kesemua kehendakku dituruti oleh ibu bapaku. Mungkin akulah anak yang lengkap dengan segala-galanya. Mungkin akulah anak yang paling beruntung sekali kerana sangat disayangi oleh ibu bapaku. Atau mungkinkah aku langsung tidak memiliki kasih sayang mereka?

Sejak aku kecil lagi, ibu bapaku sudah memberiku sebuah alat ‘iPad’ vang boleh aku gunakan untuk main permainan yang ada di dalam alat itu. Setiap kali aku berasa bosan, alat ‘iPad’ itu jugalah yang aku cari. Ibu dan bapaku seringkali tiada di rumah sehingga menyebabkan aku berasa bosan. Disebabkan itulah aku mengisi kebosananku dengan menggunakan alat ‘iPad’. Namun, semakin aku menginjak dewasa, aku rasa alat it seperti tada gunanya lagi. Aku berasa kosong sangat. Sunyi. Sepi. Langsung tada kegembiraan. Aku kesunyian tanpa ibu bapaku.

Setiap kali aku selesai menelaah pelajaranku, aku terpinga-pinga. Aku tidak tahu hendak but apa. Malam masih siang untuk aku tidur. Walaupun sudah pukul sembilan malam, ibu bapaku mash belum pulang ke rumah. Aku merenung alat permainan “Xbox’ku vang baru sahaia dibelikan oleh mereka kerana keputusanku yang cemerlang dua minggu yang lepas. Perlukah aku bermain lagi?

 

“Eh Mirul! Mirul! Mirul! Marilah ke sini!” Azman teriak memanggil namaku.

Aku berjalan menuju ke arah Azman dan Amir.

“Mirul, engkau mahu ikut kita petang nanti?” kata Azman.

“Mahu ke mana?” aku pula membalas dengan teruja.

“Engkau mahu jadi popular? Kita bercadang untuk membuat video petang ini dan lepas it kita muat naik dekat media sosial. Kalau kita dapat banyak respon yang baik, kita pasti terkenal!” giliran Amir pula menjawab pertanyaanku.

Aku tercengang buat seketika. Video? Popular? Untuk apa ya? Apa faedahnya?

“Engkau tidak perlu berfikir panjang, ikut sahaja kami. Engkau pasti tidak menyesal! Sudah-sudahlah belajar di rumah. Ujian sudah tamat pun. Sekarang inilah engkau patut berehat dan berseronok,” Azman merokok.

Ada benar juga kata Azman. Otakku ligat berpusing untuk memberikan kata putus. Ada baiknya juga aku mengikut mereka. Bukannya apa, tetapi aku selalu bosan setelah menelaah. Oleh itu, apa salahnya aku membuat sesuatu yang baharu untuk mengisi kekosonganku ini?

Tanpa berlengah lagi, aku terus bersetuju untuk menyertai rakan-rakanku melaksanakan aktiviti mereka pada petang itu.

Ternyata tidak sia-sia aku mengikut pelawaan mereka untuk menvertai mereka melakukan aktiviti yang mereka rancangkan. Azman dan Amir telah merancang untuk membuat video di mana mereka akan menunjukkan aksi tarian ‘Hip Hop’ yang sangat menarik. Aku di situ perlu menjadi perakam gerak-geri mereka. Mereka berjoget dengan lincah dan dengan penuh semangat sehingga membuatku teruja buat seketika. Melihat mereka berjoget, aku juga terasa ingin menari.

 

“Hebatlah engkau Mirul! Cara kau membuat rakaman sangat bagus. Bakat kita menari lebih menonjol oleh kerana kepakaran engkau merakam,” Azman bersuara.

“Man, kalau aku mahu ikut kau dan Amir menari sekali boleh? Aku tengok macam seronok sangat. Ajar aku menari boleh?” aku menyuarakan hasratku kepada mereka.

“Boleh sangat. Boleh pergilah kau!” Amir membalas dengan nada yang mengejek.

Aku ditinggalkan di sit terpinga-pinga. Sampai hati mereka but aku seperti it. Lemah sangatkah aku ini? Mereka ingat aku tidak boleh menari? Atau mereka tidak mahu aku jadi popular seperti mereka?

 

“Ini Amirul. Amirul tidak mudah kalah. Mereka belum kenal aku siapa. Tunggu dan lihat sahaja. Aku pasti akan lebih popular dari mereka,” suara mindaku berbisik.

 

Malam itu juga, aku mulakan rencanaku. Aku mulakan rencanaku dengan melihat beberapa video tarian. Dengan adanya lelaman web ‘YouTube’ , begitu mudah untuk aku belajar menari. Perlahan-lahan aku dapat menangkap gerak tari yang dilakukan dalam video tersebut. Tersenvum simpul aku tatkala melihat diriku yang sudah mempelajari tarian ‘hip hop’ hanya dalam satu hari sahaja walaupun tarianku belum pun selincah mereka berdua.

Semakin hari aku semakin terlalu taksub untuk membuktikan pada Azman dan Amir yang aku boleh menjadi lebih masyhur daripada mereka berdua. Semenjak peristiwa hari itu, kami langsung tidak bertegur sapa.

Kerana masih tidak puas hati dengan mereka, aku juga turut memuat naik videoku menari di laman media sosialku. Aku merakamkan detik-detikku untuk belajar menari sehinggalah aku dapat menari dengan lebih baik. Hampir setiap hari aku melungsuri Internet dan media sosialku untuk melihat video-video tarian ‘hip hop’. Bukan itu sahaja yang aku lakukan setiap hari ketika aku berada di rumah. Malah, aku juga memastikan yang aku mempunyai banyak pengikut dalam laman media sosial. Ketika itu, aku hanya memuat naik videoku ke laman media sosial iaitu,’Instagram’. Kini, setelah mendapat ramal pengikut, aku mula memuat naik videoku ke ‘YouTube’. Semakin hari, semakin ramai orang yang menonton videoku. Berbanding dengan Azman dan Amir, aku meraih lebih banyak pengikut. Aku berasa sangat puas kerana dapat menewaskan mereka.

Namun, aku tidak sangka akibat dendamku terhadap mereka, aku berubah menjadi seorang yang tidak kukenali. Aku menjadi seseorang yang di luar jangkaanku. Entah kenapa, aku menjadi taksub dengan media sosial. Hampir setiap minit aku perlu menggunakan telefon bimbitku untuk memastikan yang aku mempunyai banyak “likes” untuk videoku. Aku tidak lagi merakamkan diriku menari. Malah, aku juga membuat rakaman video ulasan permainan. Setiap kali aku membuat ulasan permainan seperti ‘Xbox’, aku perlu merakam saat itu secara langsung untuk pengikutku melihat video itu pada masa yang sama.

Semakin hari, semakin aku popular. Aku mempunyai ramai pengikut dan pengikutku kini sudah menginjak ribuan orang. Rama pengikutku gear dengan video yang aku rakamkan. Justeru, aku mempunyai banyak permintaan video daripada mereka. Setiap hari aku menerima permintaan video daripada mereka dan aku tahu yang aku perlu menurut permintaan mereka. Jika aku tidak mengendahkan permintaan mereka, aku pasti kehilangan ramai pengikut. Aku tidak mahu perkara sebegitu berlaku. Kesemua yang aku usahakan membuahkan hasil. Aku juga diberikan wang hasil daripada rakaman video yang aku lakukan. Mana mungkin aku lepaskan peluang seperti itu.

Tanpa aku sedari, kegiatanku itu telah menghambat diriku daripada fokus kepada pelajaran. Aku hilang tumpuan di kelas kerana fikiranku hanya dibiarkan menerawang memikirkan tentang idea untuk membuat videoku. Aku juga sudah tidak lagi menelaah pelajaranku setiap kali aku pulang ke rumah. Boleh dikatakan aku menggunakan media sosial hampir 24 jam untuk mencari pengikut dan mendapat perhatian orang ramai melalui media sosial. Perbuatanku ini kadangkala telah mengakibatkanku untuk lupa makan. Aku boleh bertahan tanpa makanan selama beberapa hari. Melihat media sosialku sudah cukup untuk membuatku rasa kenyang. Terutama sekali apabila aku mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Di sekolah, ramai pelajar perempuan yang kerap mendekatiku semeniak aku meniadi popular di media sosial. Aku terasa sangat disavangi oleh orang ramai. Segala perhatian dan tumpuan diberikan kepadaku. Azman dan Amir? Mereka sudah lama putus sahabat denganku. Ibu dan bapaku? Mereka langsung tidak tahu menahu tentang keadaan diriku. Sehinggalah pada…..

 

“Amirul Bin Fakhri! Keluar kau dari bilik ini! Keluar sekarang! Ayah cakap keluar sekarang!” bapaku terjerit-jerit sambil mengetuk pintu yang seperti hendak roboh diketuk bertalu-talu.

Bingit! Bingit! Aku terus membuka pintu bilikku dengan wajahku masam mencuka. Tapa kuduga…

Pang!

“Ayah! Mengapa Ayah sepak Mirul?” aku bersuara dengan nada yang kasar.

“Engkau memang anak yang tidak bersyukur. Apa yang engkau mahu semua kami berikan tetapi apa yang telah kau lakukan? 

Sudah lebih seminggu engkau ponteng sekolah. Sebab apa? Sebab taksub sangat dengan media sosial kau yang tidak berguna. Kegiatan kau itu langsung tiada gunanya. Semua kerja bodoh tahu!” tengking bapaku.

Ibuku hanya merenungku dari jauh dengan wajah yang sangat sugul tatkala ayah melempang wajahku.

 

“Ayah langsung tidak tahu apa-apa! Bodoh? Amirul tidak bodoh ayah! Amirul buat ini semua sebab ayah! Ayah dan ibu langsung tidak ambil pe

duli tentang Mirul. Apa ayah ingat dengan memberi hadiah kepada Mirul, it akan membuat Mirul gembira? Langsung tidak! Mana pergi kasih sayang ibu dan ayah Mirul? Lebih baik Mirul tidak ada ibu dan ayah!” terasa puas aku meluahkan segala isi hatiku ketika itu.

“Kurang ajar! Anak tidak sedar diuntung!” ayahku berteriak seraya melayangkan tapak tangannya ke mukaku buat sekian kali lagi.

 

Aku tidak sedar kata-kata yang dihamburkan olehku ibarat halilintar yang menyambar dengan tiba-tiba. Setiap butiran yang keluar dari bibirku telah menghiris kedua insan yang telah membesarkanku selama ini. Kata-kata seorang anak yang derhaka menusuk terus ke hati. Ya Allah, apakah yang telah terjadi? Mengapakah aku terlalu taksub dan hanyut dalam alam fantasi media sosial yang akhirnya membinasakan diriku.

Dek tamparan yang kuat di pipiku itu, aku terus pengsan. Namun, bukan itu sahaja. Tamparan itu membuatku terpukul kembali ke alam yang nyata. Aku telah banyak berubah. Amirul vang dahulu bukan yang sama seperti Amirul yang sekarang vang mengejar nama di dunia media sosial. Aku diselubungi dengan seribu penyesalan.

Perangaiku bukan sahaia berubah 360 dariah malah aku telah menyebabkan kesihatanku terjejas sekali. Aku ibarat seekor anak kancil yang terperangkap dalam jerat yang memusnahkan kehidupanku. Badanku kekurangan nutrien dan air sehingga menyebabkan badanku lemah dan pengsan tatkala aku ditampar oleh bapaku.

Sedar sahaja, aku berada di dalam wad hospital. Ibu dan bapaku masih setia menemani diriku.

 

“Ibu, ayah maafkan Mirul”, aku berkata sambil teresak-esak.

“Kalau Mirul sayangkan kami, Mirul mesti berubah dan jumpa kaunselor? Boleh sayang?” ibuku bersuara dengan suara yang serak.

 

Aku memeluk kedua-dua ibu bapaku. Aku nyaris-nyaris hilang nyawaku kerana tidak makan selama seminggu. Memang aku sangat-sangat memerlukan bantuan untuk keluar dari perangkap ini.

Nama aku Amirul. Umur aku 13 tahun dan kini aku adalah Amirul yang baru. Kini, aku masih lagi dalam proses pemulihan. Akibat ketagihanku menggunakan media sosial, aku terpaksa melalui semua ini. Aku sedar aku perlu perbaiki diriku sekarang. Aku tidak aku lupa semua ini. Kerana taksub aku hilang diriku vang sebenar. Kerana taksub aku hampir kehilangan orang yang aku sayangi.

Kerana taksub akhirnya aku yang binasa. Kerana taksub, aku memerangkap diriku sendiri.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Nasi Sudah Menjadi Bubur

Tembok