Cerpen Pelajar

Nasibku Si Telefon Bimbit

olehAliya Binte Abu Bakar ( Darjah 2 Charity Haig Girls’ School )
September 2016

Pada suatu hari, Intan sedang berjalan pulang ke rumah. Ketika dia sedang berjalan, Intan ternampak diriku yang tercampak di lantai. Dia tersenyum. Dia mengelap mukaku yang bercalar. Selepas membersihkan wajahku, senyumannya yang manis tadi hilang. Dia kelihatan keliru sekali. Mungkin Intan tidak tahu bagaimana dia mahu mencari pemilikku.

Tiba-tiba, aku terdengar Intan membisikkan sesuatu, “Cikgu pernah nasihat supaya jangan ambil barang yang bukan milik kita.” Intan menggenggamku dengan kuat lalu dia berlari. Dia memberikanku kepada seorang lelaki yang beruniform biru. Inspektor Hazim memuji Intan kerana dia jujur. Aku hanya tertanya-tanya apakah nasibku selepas ini…

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Wiraku

Nasibku Si Telefon Bimbit