Sains & Teknologi

Evolusi Teknologi – Kebaikan dan Keburukan

olehNorazim Bin Azami
February 2024

Evolusi teknologi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Dalam zaman yang serba moden ini, agak mustahil untuk kita terlepas daripada melakukan sesuatu tanpa bantuan teknologi. Internet misalnya telah menjadi wadah teknologi yang digunakan oleh seluruh dunia, tidak kira bagi hiburan, kerja mahupun komunikasi.

Penggunaan Internet secara tidak langsung telah membuat kehidupan manusia kini menjadi lebih selesa, cepat dan mudah dalam melaksanakan tanggungjawab kita. Malangnya, teknologi boleh menjadi musuh apabila pengguna yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya menggunakan teknologi bagi kepentingan sendiri.Mari kita pertimbangkan isu ini. Dengan wujudnya teknologi, cara untuk berkomunikasi sudah menjadi lebih mudah. E-mel dan pesanan ringkas kini bole dihantar kepada sesiapa sahaja, di dalam mahupun di luar negara.

Tiada batasan. Cara sebegini sudah tentunya mampu menjamin komunikasi yang lebih cepat dan berkesan tanpa membuang masa seperti cara tradisional kiriman surat. Tambahan lagi, teknologi pun telah membuka rang kepada manusia untuk berbual secara visual melalui perisian seperti Skype. Mereka bukan sahaja dapat mendengar suara malah boleh berpandangan melalui video. Hakikatnya, Internet memang telah banyak menyiahkan sempadan antara negara.

Selain itu, teknologi Internet juga telah mewujudkan jaringan sosial dalam era masa kini. Dalam konteks ini, jaringan sosial boleh didefinisikan sebagai wadah atau sumber ilmu pengetahuan. Contoh yang tidak asing lagi adalah perisian-perisian seperti Facebook dan Twitter. Perisian-perisian sebegini ini memainkan peranan signifikan dalam dunia hiburan. Internet sendiri telah dibanjiri dengan pelbagai permainan siber. Pada masa yang sama, kita pun dapat menikmati lagu-lagu dan Internet boleh menjadi wadah untuk anak-anak muda mahupun para pelajar untuk menyalurkan pendapat dan idea mereka. Sudah tentunya wadah ini amat berguna untuk kita mengurangkan tekanan dalam kehidupan seharian.

Ekonomi turut dapat berkembang dengan lebih pesat dengan bantuan teknologi. TeknologiĀ  telah memberikan peluang bagi para peniaga untuk meluaskan kepak perniagaan mereka. Ini hanya boleh berlaku dengan adanya manfaat bagi para pelanggan yang lebih gemar membeli-belah menerusi talian di laman-laman sosial tertentu dalam Internet. Kemudahan ini mampu menjimatkan masa dan beban pelanggan daripada perlu berganjak dari rumah demi membeli barangan yang mereka perlukan. Para peniaga pada masa yang sama berpeluang untuk membuat promosi bagi produk ataupun perkhidmatan syarikat mereka di lelaman-lelaman peribadi mereka. Cara ini membenarkan para peniaga untuk membuat promosi dengan modal yang rendah.


Terdapat pelbagai lagi kebaikan yang dapat diraih daripada penggunaan teknologi ini. Walaupun Internet dan teknologi mempunyai kebaikan mereka yang tersendiri, a juga telah mendatangkan beberapa keburukan yang bukan sahaja melanggar nilai-nilai murni, malah mengancam keselesaan kehidupan manusia. Teknologi moden pada zaman ini juga telah membolehkan pemindahan wang untuk dilakukan dengan cepat. Kini, kita tidak perlu lagi bersusah-payah ke bank untuk membuat pembayaran mahupun menguruskan hal kewangan. Segalanya boleh dibuat secara dalam talian. Walaupun cara ini dijamin selamat, terdapat juga segolongan daripada masyarakat kita yang mementingkan diri sendiri dan mahu mengambil kesempatan untuk menipu dan meraih keuntungan besar hanya dengan menyalahgunakan teknologi sehingga mereka menghakis nilai-nilai murni kemanusiaan.

Internet merupakan salah satu faktor yang telah mempercepatkan proses globalisasi pada era ini. Negara-negara kini menjadi lebih berkait dan mudah terpengaruh antara satu sama lain. Kewujudan teknologi malangnya telah membuat pengaruh budaya Barat menjadi sangat kuat dan berleluasa sehingga tradisi dan budaya Melayu kita sendiri semakin lesap. Tradisi dan budaya merupakan satu keunikan yang mempengaruhi cara kehidupan mahupun pendirian kita. Apabila budaya barat sudah diserap dalam golongan masyarakat tanpa penilaian yang kritis, masyarakat tempatan lupa akan budaya asal mereka. Mereka lebih mempercayakan kehidupan yang serba bebas tanpa sempadan, seperti dalam aspek pakaian dan penampilan. Masalah ini amat ketara, terutama sekali dalam golongan remaja. Akses kepada lelaman web di merata dunia membuat mereka cepat mempelajari cara hidup orang Barat sehingga mereka terikut-ikut dengan budaya dan norma mereka. Jika dibandingkan budaya sendiri dengan budaya Barat, mereka menganggap budaya mereka sendiri kuno.

Masalah juga mungkin timbul apabila manusia menjadi terlalu taksub dalam penggunaan teknologi sehingga mereka khayal dalam dunia mereka sendiri. Tidak kira dari aspek lelaman sosial seperti Instagram dan Twitter ataupun permainan hangat seperti Minecraft dan World of Warcraft. Is ini semakin ketara apabila manusia pula menjadi hamba kepada teknologi. Mereka hilang pengawalan diri sehingga menjadi terlalu fokus dalam dunia teknologi. Misalnya, apabila mahu menjamu selera bersama keluarga ataupun kawan, ramai yang mengamalkan budaya menggunakan telefon bimbit. Interaksi sesama sendiri menjadi kurang and perbualan mesa langsung tidak dipraktikkan.

Bagaimana mahu mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan rakan jikalau diri kita sendiri tidak mahu memberikan perhatian kepada orang-orang penting ini? Pembaziran masa dan tenaga tent berlaku bagi hal-hal yang langsung tidak bermanfaat. Manusia kini semakin mahu mendapat kebahagiaan daripada dunia teknologi. Tanpa mereka sedari, kebahagiaan dan keseronokan yang mereka alami hanya untuk sementara sahaja. Tambahan itu, kebanyakan hubungan yang terjalin melalui saluran alam maya ini tidak berpanjangan.

Hakikatnya, teknologi sesungguhnya adalah ciptaan inovatif yang telah membuat dunia kita lebih baik dan maju. Namun, kita perlu sedar bahawasanya masalah-masalah mula timbul apabila kita, si pencipta dan pengguna teknologi sendiri tidak mampu mengawal penggunaan teknologi kita dengan sewajarnya malah ingin menggunakannya untuk perkara-perkara yang tidak berlandaskan nilai kemanusiaan. Kita juga perlu mengimbangi masa yang ditetapkan untuk dunia realiti dan teknologi. Janganlah kita menjadi terlalu taksub dengan alat-alat teknologi ini. Sesungguhnya keutamaan perlu diberikan kepada tanggungjawab dan tugasan harian kita. Kita sepatutnya perlu mencuba dengan sedaya upaya untuk meluangkan masa berkualiti dengan orang-orang di sekeliling kita, bukannya dengan rakan-rakan di alam maya yang kita bar kenali. Inilah satu cara di mana kita mampu memanfaatkan diri dalam penggunaan teknologi, bukannya untuk memudaratkan diri dan orang-orang di sekeliling kita.

 

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Dunia Air

Kenali bumi: 5 Landskap Ajaib di Dunia