Cerpen Pelajar
Kata orang bermimpilah selagi langit masih sanggup menampung mimpimu. Kata ini kerap diucapkan di pelbagai kesempatan. Sejak di bangku sekolah lagi, kita diajak untuk bermimpi hebat dan diajak untuk bercita-cita sehebatnya. Aku yakin jika ditujukan soalan sedemikian, ramai yang bakal menjawab pertanyaan tersebut dengan harapan yang cukup besar dan tinggi.
Afnan menghela nafas lega. Letih… haus… keringat. Segalanya lesap setelah kaki bersaiz tujuh itu berjejak di puncak gunung yang berdiri megah setinggi 2,187 meter. Sudah menjadi lumrah setiap pendaki, kenangan bergambar diabadikan di papan tanda sebagai mercu tanda kejayaan sesiapa sahaja yang tiba di sana. Afnan juga tidak terkecuali mengambil
“Malik Bin Bakar, masanya sudah tiba. Pengawal berbadan tegap lagi sasa itu datang menjemputku. Aku bingkas. Tanganku digari agar aku tidak dapat melarikan diri. Kami berjalan ke arah sebuah tempat yang amat menggerunkan bagiku. Aku melangkah dengan perlahan mungkin kerana ingin melambatkan perjalanan ke tempat itu. Tempat pembicaraan. Tempat pengadilan.
Nama aku Amirul. Umur aku tiga belas tahun. Aku seorang pelajar yang sentiasa cemerlang dalam apa jua subjek. Tidak pernah sekali pun dalam hidupku aku gagal. Dalam kehidupanku, tiada istilah gagal. Ibu dan ayahku sentiasa mengingatkan diriku untuk memberikan yang terbaik dan mendapatkan tempat yang pertama di dalam kelas. Setiap
“Alahai, Musdhalifah.. Soalan senang begini pun tidak boleh jawab dengan betul? Kesian..,” aku menyindir Musdhalifah dengan nada sarkastik. Aku berlalu pergi dari meja Musdhalifah dengan senyuman sinis. Aku sempat melihat kertas jawapan Matematik milik Musdhalifah.
Aku merenung jauh sambil tanganku menggenggam jeriji penjara. Mataku tertumpu pada tembok yang berhadapan dengan aku. Kelihatan corat-coret yang menghiasi tembok itu. Pasti peninggalan penghuni-penghuni penjara sebelumnya. Lamunanku menerpa sanubariku.
Hanya suara cengkerik menjadi temanku pada malam Ramadan pertama itu. Aku bersyukur kerana umurku dipanjangkan lagi untuk beribadah kepadaNya. Aku teringat akan peristiwa yang berlaku atas diriku ketika aku berumur 18 tahun.
Hi kawan-kawan! Aku adalah Amira. Aku ialah telefon bimbit yang mahal dan canggih. Aku disarungkan dengan sarung telefon bimbit yang berwarna-warni dan berbunga-bunga. Aku dijaga dengan baik. Pada suatu hari, Puan Amida pergi ke kedai kopi untuk membeli sarapan sebelum dia ke pejabatnya.
Setiap orang pasti mempunyai wira dalam hidup mereka. Bagi aku,wiraku adalah ibuku. Aku mahu mengikut jejak langkah ibuku. Nama ibuku ialah Jariah. Umurnya tiga puluh empat tahun .Dia seorang guru yang di Sekolah Menengah Northbrooks. Aku menganggap ibuku sebagai wiraku kerana dia seorang yang rajin.
Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa tidak semua wira memakai kain layang. Bagiku kata-kata ini memang benar. Wira tidak semestinya seorang wira hebat yang lahir dalam studio filem seperti Batman, Superman atau Cicakman. Wira juga tidak semestinya orang yang menyelamatkan orang lain atau mempercepatkan sebuah negara.
Pada suatu hari, Intan sedang berjalan pulang ke rumah. Ketika dia sedang berjalan, Intan ternampak diriku yang tercampak di lantai. Dia tersenyum. Dia mengelap mukaku yang bercalar. Selepas membersihkan wajahku, senyumannya yang manis tadi hilang. Dia kelihatan keliru sekali. Mungkin Intan tidak tahu bagaimana dia mahu mencari pemilikku.
Aku sebuah telefon bimbit jenama Samsung. Aku berasa gembira apabila tuanku, yang bernama Mika memilih aku daripada bermacam-macam jenis telefon bimbit yang lain. Aku rasa Mika akan menjaga aku dengan baik. Aku mengejutkan Mika daripada tidur setiap pagi. Dia membawa aku ke sekolah setiap hari.
MATAHARI memancar seikhlas tenaganya ke alam semesta. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Raja Semut Merah memerintah untuk rakyatnya mencari epal yang istimewa di Gunung Ledang. Setelah mendengar suruhan itu, banyak semut memulakan perjalanan mereka. Apabila Semut-semut Merah itu sampai di atas Gunung Ledang, mereka terjumpa dengan Semut-semut Hitam.
“Saya sudah habis sekolah, ibu. Nanti saya jumpa ibu di rumah,” pesan Alif yang hendak pulang ke rumah selepas kelas tambahan. Dia berjalan bersendirian kerana kawan-kawannya sudah pulang ke rumah. Sambil berjalan di kolong bloknya, dia ternampak dua orang remaja yang sedang menghisap rokok tanpa segan silu.
Dalam cuaca panas terik ini Jeff terpaksa berjalan kaki pulang ke rumahannya. Badannya dibongkokkan untuk mengatasi keberatan beg sekolahnya. Badannya berpeluh dan Jeff barasa panas dan haus. Dia meraba-raba di tepi beg sekolahnya untuk botol airnya tetapi botol airnya tidak di situ.
“Aduh! Panasnya hari ini,” keluh Tobias sambil mengesat peluh di dahinya. Ketika itu, Tobias sedang berjalan pulang dari sekolah selepas latihan larian. Sewaktu berjalan, Tobias ternampak anak-anak jirannya, Mick dan Izzati sedang melepak di kolong blok.