pan>Cikgu Sulastri
Sebagai pusat pembelajaran yang giat memberi bimbingan kepada para pelajar, Edufront Learning Centre dan Pusat Bahasa Nusa tidak ketinggalan berbesar hati atas semua kejayaan yang diraih oleh para pelajar mereka dalam peperiksaan peringkat nasional. Dalam wawancara ini, kita akan berkenalan dengan beberapa orang pelajar dan ibu bapa untuk mencungkil resipi
Jika anda biasa atau pernah membeli-belah di sekitar Geylang Serai, berdekatan dengannya di bahagian timur terdapat suatu tempat yang agak istimewa kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Tempat tersebut terdiri daripada beberapa batang jalan dan sebahagian besarnya merupakan kawasan perindustrian. Itulah Jalan Eunos. Di sebalik kesibukan pembangunan di sekitar Jalan Eunos
Siapa sangka pada tahun 2020, dunia dilanda wabak Covid-19 yang membendung pergerakan serta kebebasan seharian kita semua. Tahun 2020 mencatat satu detik hitam dalam sejarah. Pendek kata, wabak ini menggegarkan kehidupan semua manusia di dunia sehinggakan pelbagai aspek kehidupan harus diubah suai demi memastikan virus Covid-19 tidak terus menular. Di
Ledakan teknologi yang kita nikmati kini telah sedikit sebanyak menggugat kesihatan mental dan fizikal seseorang pelajar. Hal ini berikutan dengan ketagihan serta kecanduan remaja masa kini terhadap penggunaan gajet atau alat elektronik secara berleluasa. Masa yang diluangkan secara berlebihan sewaktu menggunakan gajet, akan memberikan implikasi yang kurang baik terhadap
Kata orang bermimpilah selagi langit masih sanggup menampung mimpimu. Kata ini kerap diucapkan di pelbagai kesempatan. Sejak di bangku sekolah lagi, kita diajak untuk bermimpi hebat dan diajak untuk bercita-cita sehebatnya. Aku yakin jika ditujukan soalan sedemikian, ramai yang bakal menjawab pertanyaan tersebut dengan harapan yang cukup besar dan tinggi.
Satu lagi sejarah dalam bidang angkasa telah tercipta pada tanggal 10 April 2019, apabila para saintis daripada sebuah projek mega berjaya mengambil imej lohong hitam (black hole). Setelah berpuluh tahun mengkaji dan meneliti lohong hitam, buat pertama kali manusia dapat melihat imej sebenar lohong hitam ini. Bukan mudah untuk para
Pantun sememangnya tidak asing lagi dalam budaya masyarakat Melayu dahulu. Hampir setiap topik perbualan akan diselitkan dengan pantun, tidak kira untuk mengucapkan terima kasih, memberi nasihat, meluahkan perasaan, menyindir dan sebagainya. Salah satu kegunaan pantun adalah untuk membangkitkan semangat juang dalam diri para pahlawan yang mempertahankan nusa dan bangsa. HIKAYAT
Daki Kudaki Jauh lagi Panjat Kupanjat Tersekat-sekat Bermandi keringat Lelah Aku lelah Harapan punah Mengalir air mata darah Patutkah diriku menyerah Bertiup bayu Memujuk kalbu Memacu tubuh lesu Membakar semangat jitu Langkah diorak satu-persatu Sudah kubayang tempatku di situ Gunung harapan Kau akan kutawan
Sebaik sahaja kita melangkah ke tahun baharu, pasti ramai yang memasang azam atau kemahuan yang baharu. Remaja dengan azam baharu sebagai remaja, orang dewasa dengan azam baharu mengikut gaya orang dewasa. Begitulah kebiasaannya. Azam tahun baharu membolehkan kita mempunyai sesuatu untuk dicapai dan ini mendorong kita berusaha untuk meningkatkan kualiti
Anakku, Janganlah sesekali kau membiarkan masa lampaumu menjejas perjuanganmu Janganlah sesekali kau membiarkan kata-kata mereka yang menghinamu, mengherdikmu, menghambat perjuanganmu Anakku Dalam perjuanganmu untuk mencapai kejayaan, Kau akan menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan Yang ada kalanya kau rasa kau tak mampu untuk mengatasinya Namun, Ingatlah, jangan pernah kau menyerah kalah
Menerusi edisi-edisi majalah Kembara NUSA yang lalu, kita telah melalui sebuah pengembaraan bersama untuk mendekati sejenis puisi tradisional Melayu yang popular iaitu pantun. Kini, kita akan menelusuri suatu lagi bentuk puisi tradisional Melayu yang dikenali sebagai syair. Syair ialah puisi berlagu. Menurut para sasterawan, syair dipercayai berasal dari Parsi, yang
Jika diperhatikan, dalam setiap acara sukan Olimpik, pasti ada sahaja rekod baharu yang dicipta. Ini menunjukkan bahawa atlet-atlet kita semakin lama semakin pantas, kuat dan cekap. Antara faktor yang menyumbang kepada kemajuan sukan ialah sains dan teknologi. LATIHAN BERTEKNOLOGI TINGGI Untuk meningkatkan prestasi, seorang ahli sukan perlu sentiasa mengkaji kekuatan
Afnan menghela nafas lega. Letih… haus… keringat. Segalanya lesap setelah kaki bersaiz tujuh itu berjejak di puncak gunung yang berdiri megah setinggi 2,187 meter. Sudah menjadi lumrah setiap pendaki, kenangan bergambar diabadikan di papan tanda sebagai mercu tanda kejayaan sesiapa sahaja yang tiba di sana. Afnan juga tidak terkecuali mengambil
Saya pasti bahawa aktiviti mingguan anda bukan sekadar berkaitan dengan sekolah sahaja. Pastinya anda ada komitmen lain seperti aktiviti ko-kurikulum, kelas tuisyen, kelas madrasah, kelas muzik, latihan silat dan macam-macam lagi. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut amat menyeronokkan, acapkali anda akan rasa terbeban kerana aktiviti-aktiviti tersebut memakan masa yang banyak. Lantaran itu,
Baru-baru ini, masyarakat Singapura digemparkan dengan peningkatan kempen-kempen yang memberikan kesedaran tentang penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), dalam tahun 2014, sekitar 440,000 penduduk di Singapura yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit kencing manis. Jumlah pesakit kronik ini diramal akan
Kembara NUSA kali ini ingin membawa para pembaca mengenali bintang bola jaring kita iaitu Nur Hanis Marissa bte Nur Hisham. Gadis tinggi lampai berusia 15 tahun ini merupakan Kapten Bersama bagi pasukan bola jaring Sekolah Sukan Singapura. Marissa bermain sebagai Penyerang Gol (Goal Attack) dan juga Penjaring Gol (Goal Shooter).
Permainan tradisional merupakan warisan kita semua, baik yang berbangsa Melayu, Cina mahupun India. Walaupun kepopularannya semakin berkurangan dengan adanya permainan-permainan moden berteknologi tinggi, permainan tradisional tetap mendapat tempat di hati kita semua. Permainan-permainan ini mash giat diperkenalkan di sekolah-sekolah terutama semasa perkhemahan-perkhemahan budaya. JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU Congkak Congkak
Wujud sejak permulaan ketamadunan lagi, adanya sukan dalam masyarakat bagaikan sesuatu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sukan merupakan sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi dan hal ini diiktiraf oleh masyarakat moden yang telah mengembangkan landskap penglibatan dan peraduan sukan. Kini, perkataan sukan bukan hanya memaksudkan sebuah
Buat julung-julung kalinya Edufront Learning Centre dan Pusat Bahasa NUSA telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah PSLE Edufront 2016 pada bulan Mac lalu bertempat di cawangan Pasir Ris dan Choa Chu Kang. Berikut merupakan senarai pemenang dalam kategori masing-masing: ANUGERAH KECEMERLANGAN EDUFRONT Sarrah Rose Mikhail Leung (Agregat 278, 4A*,Kepujian
Sebagai seorang pelajar, perkara yang sering dititikberatkan ialah tentang prestasi pelajaran kita. Selain daripada kesungguhan mengulang kaji pelajaran, kejayaan kita juga bergantung kepada keadaan kesihatan mental yang baik. Ramai pelajar yang terkandas kerana fikiran mereka terganggu. Pada masa yang sama ramai juga pelajar yang mengalami masalah kemurungan kerana kegagalan dalam
Kekuatan minda merupakan satu anugerah yang perlu kita gunakan sebaik mungkin demi mencapai kemajuan. Kehebatan minda yang sebenar tidak dapat kita bayangkan. Tahukah anda bahawa kekuatan minda itu menyamai satu sistem komputer seluas 12 padang bola sepak? Kajian turut menunjukkan bahawa kebanyakan manusia hanya menggunakan kira-kira 3 peratus daripada potensi
“Malik Bin Bakar, masanya sudah tiba. Pengawal berbadan tegap lagi sasa itu datang menjemputku. Aku bingkas. Tanganku digari agar aku tidak dapat melarikan diri. Kami berjalan ke arah sebuah tempat yang amat menggerunkan bagiku. Aku melangkah dengan perlahan mungkin kerana ingin melambatkan perjalanan ke tempat itu. Tempat pembicaraan. Tempat pengadilan.
Melenggang hai melenggang si tari lenggang Kalau baik hati nanti orang pun sayang Inilah permulaan lirik lagu Joget Pahang yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Rangkap pertama lagu ini dilihat hampir seperti sebuah pantun 2-kerat. Namun tahukah anda bahawa hampir seluruh lagu tersebut terdiri daripada rangkap-rangkap pantun? Mari kita lihat
Diriku semakin menua Hidupku akan berakhir jua Zaman berzaman kau memijak diriku Zaman berzaman kau kotori diriku Zaman berzaman pantas berlalu Hinakah aku? Makhluk digelar manusia Jahil lagi kikir Menumpah darah di mukaku Menggali diriku dahagakan harta Cemari maruahku dengan kebatilan Hinakah aku? Yang jahil dilantik ketua Yang arif dipenjara
Muzik tradisional Melayu secara amnya amat menenangkan bila didengar. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sayup dan mendayu. Seringkali, muzik tradisional Melayu mempunyai tempo yang perlahan dan alunannya juga lembut dan tidak rancak. Lirik dalam lagu-lagu tersebut selalunya menggunakan pantun yang berkaitan dengan sejarah lama, seperti lagu “Seri Mersing”, “Siti Payung”
Kepentingan Air Tahukah anda bahawa tujuh puluh peratus daripada dunia kita merupakan air? Air ialah sumber kehidupan yang tidak dapat digantikan. Bagi haiwan dan manusia, air merupakan sumber minuman yang diperlukan untuk penakatan. Tumbuh-tumbuhan pula memerlukan air supaya dapat hidup subur. Tumbuh-tumbuhan ini kemudiannya menjadi bahan makanan kepada manusia dan
Singapura merupakan sebuah negara yang lebih dikenali sebagai “Titik Merah Yang Kecil” atau “The Little Red Dot”. Tanah air kita yang kecil dan isu mengenai ketiadaan sumber asli selalu ditekankan oleh pihak pemerintah. Salah satu cabaran yang kita hadapi berkaitan dengan isu air. Namun, generasi muda kita hari ini rata-rata
Selain daripada usaha gigih dan konsisten, dan tidur yang mencukupi, cara pemakanan juga merupakan faktor penyumbang yang penting kepada kejayaan akademik seorang pelajar. Terdapat beberapa makanan yang dapat membantu dalam pembangunan minda dan otak. Dalam isu Kembara Nusa kali ini, kita akan mengenali beberapa jenis makanan yang bukan sahaja lazat,
Setelah masa bercuti beredar pergi, tiba pula masa persekolahan. Namun, mungkin ada yang masih memikirkan tentang percutian dan beristirahat. Walaupun hal ini lazim berlaku, para pelajar harus pandai mengawal emosi dan fikiran agar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Gangguan mengalihkan perhatian seseorang daripada satu perkara kepada sesuatu yang lain. la
Dalam abad ke-21 kini, media sosial merupakan sebahagian daripada hidup manusia. Bahkan, boleh dikatakan bahawa jika seseorang itu tidak mempunyai akaun media sosial, dia seseorang yang ketinggalan zaman. Bak kata pepatah, seperti katak di bawah tempurung. Media sosial dimaksudkan sebagai lelaman sesawang ataupun aplikasi yang membolehkan penggunanya mereka dan mengongsi
Biar sesaat terlepas Biar sesaat tertunda Melayan bicara minda Menanggung beratnya nilai kata-kata Kata-kata yang bakal diluah kesat, kasar, manis hodoh, buta, bisu Akan diukir Kerana hati merana Mendengar makna tersirat dalam bicara awang Berbuih makian, hasutan, cemuhan Tidak berasas Biar sesaat tersimpan Biar sesaat tertangguh Mencari ilmu sahih sebalik
Dalam kalangan ahli seni, terdapat tanggapan bahawa setiap individu, secara lahiriah, merupakan seorang pencipta seni. Zaman kini, seni membawa bersamanya spektrum tanggapan yang berbeza. Ada yang berpendapat seni itu hanya terdapat di galeri pameran, manakala ada yang percaya bahawa seni itu terdapat di mana saja mata memandang. Sebagaimana seni itu
Nama aku Amirul. Umur aku tiga belas tahun. Aku seorang pelajar yang sentiasa cemerlang dalam apa jua subjek. Tidak pernah sekali pun dalam hidupku aku gagal. Dalam kehidupanku, tiada istilah gagal. Ibu dan ayahku sentiasa mengingatkan diriku untuk memberikan yang terbaik dan mendapatkan tempat yang pertama di dalam kelas. Setiap
Bunga mawar merahnya warna, Apa khabar orang di sana? Seperti yang telah diketahui, pantun merupakan satu cara berkomunikasi antara orang Melayu sejak berabad lamanya. Pantun bukan sahaja digunakan oleh golongan orang dalam istana malah digunakan juga oleh rakyat jelata. Secara umumnya, pantun disampaikan secara lisan kerana pada suatu ketika dahulu,
Pengenalan Perkataan “bangsawan” merupakan gabungan dua perkataan iaitu “bangsa” dan “wan”. “Wan” merupakan suatu gelaran bag mereka yang berketurunan yang menggunakan nama “Wan”, “Syed” atau mempunyai darah diraja. Oleh itu, “bangsawan” bererti kaum atau bangsa yang berketurunan diraja. Bangsawan merupakan opera Melayu yang pertama kali dipentaskan di Penang pada tahun
Evolusi teknologi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Dalam zaman yang serba moden ini, agak mustahil untuk kita terlepas daripada melakukan sesuatu tanpa bantuan teknologi. Internet misalnya telah menjadi wadah teknologi yang digunakan oleh seluruh dunia, tidak kira bagi hiburan, kerja mahupun komunikasi. Penggunaan Internet secara tidak langsung telah